Tuesday 17 December 2013

Hanya Sekeping Surat :')

Bila tiba satu hari nanti
sesuatu hubungan pasti akan terpisah
sama ada ia pergi dengan sendiri ataupun diseru oleh ILAHI

Tiada siapa tahu
bila, bagaimana, kenapa dan dengan siapa 
tiada siapa tahu 
sama ada dirancang atau sudah tiba masanya
tiada siapa tahu...

Mungkin...
sudah dirancang dari awal pertemuan
mungkin...
waktu memaksanya untuk pergi
mungkin...
sudah tiba masanya

Kita tak tahu
bingung
pelik

Tanpa kita sedari...
sepanjang waktu itu berlalu
dia cuba melakukan yang terbaik
bersungguh-sungguh

Pelbagai aktiviti dilakukan
kenangan makin dicipta 
memori dibina semakin manis
sehingga ke penghujungnya

Setelah hari itu tiba...
dia menghilangkan diri pada awal pagi
membawa keluar segala barang-barangnya

Hanya satu...
hanya satu yang ditinggal olehnya
sekeping surat diatas meja
ianya surat
surat...

Pelbagai kata-kata diluahkan didalam helaian itu
maaf...
terima kasih...
kata-kata sayang...
kata-kata semangat...
ianya diluahkan dengan hanya...
sekeping surat...
surat...