Thursday 13 August 2015

Kenangan itu

Kenangan itu.
Kenangan yang paling aku tak boleh lupakan.
Kenangan yang banyak manisnya.
Kenangan yang banyak tawanya.
Bersama orang yang aku senangi.

Ianya kenangan,
Dimana buat aku mula tersenyum sepanjang hari.
Dimana aku selalu melemparkan senyuman aku pada semua orang.
Kerana mereka,
Aku selalu tersenyum, ketawa.
Dan meninggalkan wajah tegangku sejauh yang mungkin.

Kerana mereka,
Aku jadi diri aku sendiri.
Aku sentiasa ketawa di suasana baru ini.
Bila dimana aku berada, berkawan,
Orang tersebut turut menjadi gembira bersamaku.
Itu kerana jasa mereka yang telah membuat hidup aku ceria.

Kerana mereka,
Aku abaikan apa orang kata.
Kata mereka,
"Dia kutuk. Kau diam. Abaikan."
"Kau kena happy."
"Hidup kena ceria selalu 'Jai'."
"Kalau ada orang kacau kau kat sana kasi tahu aku, biar abang abang yang settlekan."

Rindu.
Rindu sangat dengan mereka.
Rindu yang teramat sangat.
Sangat sangat rindu, Allah je yang tahu.
Bila aku dah jauh, rindu itu membuak-buak rasanya.
Bila dapat jumpa, rasa macam nak peluk je mereka semua.
Sebab rindu sangat-sangat.

Kenangan dimana kami selalu membahan antara satu sama lain.
Membuat jenaka bodoh tapi antara kami je yang tahu.
Kenangan dimana saling caring.
Selalu remind antara satu sama lain.
Selalu menjaga antara satu sama lain.
Mereka membuat hari-hari aku menjadi lebih baik.

Bila tertekan dengan masalah pelajaran, lagi-lagi dah nak dekat SPM,
Mereka selalu ada.
Membuat aku kembali tersenyum.
Mengembalikan semangat aku.
Siap cakap, "Jangan risau, kiteorang ada untuk buat kau happy."
Ya Allah, betapa sayangnya aku pada mereka.

Mereka tidak takut membuat aku happy bila aku sedang menahan kemarahan.
Setiap kali tengok aku moody, mereka cepat-cepat kembalikan mood gembira tu.
Walau apapun caranya.
Walaupun dari jauh perhatikan aku, mereka akan menanyakan pelbagai soalan melalui 'WhatsApp'.
Kalau boleh dikejarnya aku, mereka kejar.
Mereka panggil sehingga aku berpaling dan mereka datang berlari kearah aku.
Macam mana tak sayang, macam mana nak benci.
Mereka sahabat yang terbaik aku pernah ada.

Sampai sekarang.
Bila aku dah senyap dari khabar berita,
Salah seorang mesti akan tanya khabar aku.
Kadang berwechat,
Kadang berwhatsapp,
Kadang melalui orang ketiga.

Bila tahu mereka rindu,
Rasa sebak tu ada,
Kalau tempat belajar aku dekat,
Dah lama aku suruh mereka datang melawat aku,
Lepak sama- sama,
Kembalikan kenangan dulu semula,

Sebab,
Aku betul-betul rindukan mereka. ='D