Thursday 24 December 2015

Hai kawan lama yang dirindui.

          Aku tak tahu la kau ingat aku lagi ke tak. Tapi aku nak kau tahu yang aku sentiasa ingat kawan kawan aku walaupun aku dah lost contact terutamanya kau. Aku pun tak tahu sama ada kau still ada lagi ke tak aku punya link blog ni. Tapi aku nak kau tahu, kalau kau ada problem nak member untuk share problem tu aku ada weh untuk kau. Rindu doh dengan kau. Dulu masa aku dengan kau jadi kawan, kita selalu share problem sesama. Even kutuk pun sesama. Kau tahu tak, aku ada jugak jumpa beberapa orang lepas tragedi aku sound kau dulu. Diaorang tak sama weh. Tak sama macam kau. Yela, kau kalau dengar story aku. Kau api-apikan aku, marahkan aku dulu pastu baru kau nasihat aku baik baik. Tapi diaorang, aku belum habis cerita lagi diaorang dah cakap "takpelah biarlah dieorang tu". Ada jugak yang tukar topik bila aku tengah share story problem aku. Tapi dieorang jugak la yang nak sangat aku share story pastu cakap jangan pendam sendiri la ape la eii. Em, weh. Kau tak rindu aku ke? Sorry la. Kalau kau suruh aku contact kau dulu pastu cakap aku rindu kau, aku takboleh HAHAHA. Gila weh jatuh la saham aku. Peduli apa aku, ego aku harus dipertahankan. Yela, kalau kau tiba tiba sound aku cakap aku tak tahu malu ke apa, tak ke jatuh air muka aku. Baik aku amik langkah berjaga jaga HEHEHE. Weh, kalau satu masa nanti aku dengan kau terserempak, jangan tak tegur aku eh. Sumpah weh, aku rindu gila kat kau. Rindu nak gaduh HAHAHA. Weh, serius ah kau tak nak contact aku? Kau janganlah jual mahal sangat dengan aku. By the way, aku ada buat akaun facebook baru lol. Yang lama dah delete *okey yes kau tak peduli pun kan* 

          Bila baca balik apa yang aku taip kat atas tu, aku sedar. Yes! Kau memang takkan rindu aku. Yela aku ni siapa kau nak rindu rindu bagai kan. And yes, aku memang rindu kau weh. Tak tipu :'( Well, even kau ada problem mana pun kau tak nak dan takkan cari aku kan. Sebab apa? Sebab kau ada member member baru kot. Yang lagi baik dari aku. Ofcourse lah aku ni teruk kan. Tapi weh, aku selalu perhati perkembangan kau. Satu je aku mintak. Jangan merokok weh. Dulu kau sendiri kutuk perokok, takkan sekarang kau dah jadi sama macam dieorang. Dulu kau kasitahu aku yang kau nak berubah, aku harap kau berubah pada kearah yang lebih membaik. Tolong weh jaga kesihatan kau. Even kau tak addict sangat dengan rokok, tapi please weh stop smoking. Lama-lama juga kau mesti takleh nak lepas rokok tu. Tu je aku mintak weh. Sebab aku sayang kau, kawan :)

          Dulu masa form 1 mungkin aku ada suka kau. Tapi bila sedar sedar balik, takkan aku nak rosakkan hubungan kawan aku sendiri. So aku nekad, aku akan anggap kau kawan sampai bila-bila. Weh, hubungan cinta ni boleh cari, hubungan persahabatan mana nak cari. Cari la sampai lubang cacing pun, takkan sama macam yang dulu. Anyway, cantik semua gambar gambar kau dekat insta kau. Pandai kau amik gambar ^^ Cantik jugak fav girl kau tu. Tahniah :)

          Weh, kalau kau terdetik nak buka blog aku ni. Hmm, apa kata kau dm aku kat twitter :p say hi or something. Aku tunggu huhuhu. Bye, kawan. Jumpa kat dm satu masa nanti.


p/s -mungkin kita takda jodoh berkawan-


Thursday 13 August 2015

Kenangan itu

Kenangan itu.
Kenangan yang paling aku tak boleh lupakan.
Kenangan yang banyak manisnya.
Kenangan yang banyak tawanya.
Bersama orang yang aku senangi.

Ianya kenangan,
Dimana buat aku mula tersenyum sepanjang hari.
Dimana aku selalu melemparkan senyuman aku pada semua orang.
Kerana mereka,
Aku selalu tersenyum, ketawa.
Dan meninggalkan wajah tegangku sejauh yang mungkin.

Kerana mereka,
Aku jadi diri aku sendiri.
Aku sentiasa ketawa di suasana baru ini.
Bila dimana aku berada, berkawan,
Orang tersebut turut menjadi gembira bersamaku.
Itu kerana jasa mereka yang telah membuat hidup aku ceria.

Kerana mereka,
Aku abaikan apa orang kata.
Kata mereka,
"Dia kutuk. Kau diam. Abaikan."
"Kau kena happy."
"Hidup kena ceria selalu 'Jai'."
"Kalau ada orang kacau kau kat sana kasi tahu aku, biar abang abang yang settlekan."

Rindu.
Rindu sangat dengan mereka.
Rindu yang teramat sangat.
Sangat sangat rindu, Allah je yang tahu.
Bila aku dah jauh, rindu itu membuak-buak rasanya.
Bila dapat jumpa, rasa macam nak peluk je mereka semua.
Sebab rindu sangat-sangat.

Kenangan dimana kami selalu membahan antara satu sama lain.
Membuat jenaka bodoh tapi antara kami je yang tahu.
Kenangan dimana saling caring.
Selalu remind antara satu sama lain.
Selalu menjaga antara satu sama lain.
Mereka membuat hari-hari aku menjadi lebih baik.

Bila tertekan dengan masalah pelajaran, lagi-lagi dah nak dekat SPM,
Mereka selalu ada.
Membuat aku kembali tersenyum.
Mengembalikan semangat aku.
Siap cakap, "Jangan risau, kiteorang ada untuk buat kau happy."
Ya Allah, betapa sayangnya aku pada mereka.

Mereka tidak takut membuat aku happy bila aku sedang menahan kemarahan.
Setiap kali tengok aku moody, mereka cepat-cepat kembalikan mood gembira tu.
Walau apapun caranya.
Walaupun dari jauh perhatikan aku, mereka akan menanyakan pelbagai soalan melalui 'WhatsApp'.
Kalau boleh dikejarnya aku, mereka kejar.
Mereka panggil sehingga aku berpaling dan mereka datang berlari kearah aku.
Macam mana tak sayang, macam mana nak benci.
Mereka sahabat yang terbaik aku pernah ada.

Sampai sekarang.
Bila aku dah senyap dari khabar berita,
Salah seorang mesti akan tanya khabar aku.
Kadang berwechat,
Kadang berwhatsapp,
Kadang melalui orang ketiga.

Bila tahu mereka rindu,
Rasa sebak tu ada,
Kalau tempat belajar aku dekat,
Dah lama aku suruh mereka datang melawat aku,
Lepak sama- sama,
Kembalikan kenangan dulu semula,

Sebab,
Aku betul-betul rindukan mereka. ='D